Wednesday, April 30, 2014

Thinker Toys Robot



Thinker Toys ialah permainan binaan (Construction toys ) yang membantu memperkembangkan :

1. kemahiran kognitif( berfikir). Kanak-kanak yang selalu bermain dengan Thinker Toys akan menggunakan otaknya untuk berfikir membuat pelbagai model. Kajian membuktikan kanak-kanak ini mempunyai daya pemikiran kreatif melebihi kanak-kanak yang tidak bermain dengan mainan binaan. Mereka juga mempelajari konsep bentuk, ruang dan pengukuran apabila bermain dengan Thinker Toys. Sebagai contoh melalui mainan sebegini mereka belajar mengenai, besar kecil, panjang pendek. Mereka akan belajar memilih dan membanding dalam aktiviti binaan seperti Thinker Toys. Ini akan membantu mereka memahami konsep matematik yang lebih kompleks nanti.


2. motor halus. Bermain dengan Thinker Toys melatih kanak-kanak menggunakan jari jemarinya. Ini akan membantunya untuk mudah memegang alat tulis dan menulis. Di samping itu, permain seperti ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata tangannya yang sekali lagi akan penting untuk membaca dan menulis.


3. Kemahiran sosio-emosi Sekiranya kanak-kanak bermain dengan Thinker Toys ini bersama adik-beradik atau kawan-kawan, dia akan belajar bersosial. Dia akan berbual-bual dan bertolak ansur dalam bermain.


4. Kemahiran bahasa. Tentu sekali apabila bermain, kanak-kanak akan bercerita mengenai rekaan 
binaannya. Dia akan juga bercerita sepanjang proses pembinaan. Ibu bapa yang membimbing anak kita bermain akan memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada anaknya. Sekali gus mempertingkatkan keupayaan bahasa anak itu.

No comments:

Post a Comment