Tuesday, May 27, 2014

Israk & Mikraj





Salam Isra' wa Mikraj



27 Rejab 1435 H | 27 Mei 2014 M


Antara Pengajaran & Inipati Utama:

1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan dakwah itu sendiri.


2. Kepentingnan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Islam dan umat.


3. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya  dinilai sebagai gagal.



4. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab dengan keimanan dan ketaqwaan yang telah teruji seperti para sahabat ra.



5. Umat Islam dituntut untuk melihat segenap cakerawala & kehebatan penciptaaNya,  bukan terhad atau   terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jua lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
(Surah Al-'Isra', Ayat: 1)




SHARE ✔ dari Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube 

No comments:

Post a Comment